Skuad Pilihan Malaysia Bersemangat.


Salam Jumaat.

Coach bolasepak kebangsaan mahukan pemain pilihannya memberi saingan sengit terhadap pasukan Liverpool dalam pertemuan persahabatan malam ini. Coach bolasepak kebangsaan ini menuntut anak buahnya memberi komitmen 100 % dengan aksi bertenaga dan permainan yang tersusun meskipun sedar peluang untuk menang adalah tipis.

Beliau sedar kehebatan pasukan lawan namun tidak mahu pasukannya bermain lesu dan menjadi mangsa belasahan Liverpool.

Sementara itu, tonggak pertahanan Perak, Thiago Junior bertekad untuk menggegar gawang Liverpool. Thiago gembira kerana dipilih menyertai skuad Pilihan Malaysia dan mahu membalas kepercayaan jurulatih bolasepak kebangsaan dengan menjaringkan gol untuk Malaysia.

Hu hu hu ... orang luar lebih bersemangat berbanding orang tempatan.

Pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie turut menyimpan hasrat yang sama. Dia tidak berasa gerun dengan pasukan tersebut dan bersedia untuk mencatat nama sebagai penjaring gol perlawanan.

Joseph akan berusaha keras untuk menjaringkan gol dan berharap segalanya akan berjalan seperti apa yang dirancang.

Pemain pertahanan Terengganu, Zubir Azmi mahu bekerja keras  dan mempamerkan aksi terbaik demi memastikan bahagian pertahanan terus kukuh untuk  mencapai keputusan positif.

Penjaga gol Pilihan Malaysia, Mohd. Zamir Selamat mahu mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan mudah yang memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol. Zamir tidak merasa tertekan dengan perlawanan ini.

Baguslah jika bersemangat seperti itu.

Seperkara yang aku ingin lihat adalah sikap penyokong bolasepak Malaysia. Adakah Stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi oleh warna merah ? Warna kuning ? Warna biru ?

0 comment... add one now