Coach Bolasepak Kebangsaan Perlu Buka Mata


Selamat sejahtera,

Jurulatih skuad bolasepak kebangsaan nampaknya terkilan dengan kedegilan pengurusan pasukan Selangor yang enggan melepaskan tiga pemain nya untuk menyertai skuad pilihan Malaysia menentang Liverpool.

Hi hi hi ...

Kasihan Coach bolasepak kita, beliau terlalu berharap akan sumbangan ketiga-tiga 
pemain Selangor ini. 

Aku fikir ada baiknya Coach bolasepak kita buka mata untuk melihat pemain lain. Ada ramai lagi pemain bolasepak tempatan yang berbakat. Tidak salah untuk mencuba pemain muda. Jangan takut kalah sebab kalah itu bukanlah perkara luar biasa bagi kita. Ha ha ha ... Humbankan sahaja tiga nama itu ke dalam tong sampah dan cari pemain lain.

Menurut berita yang aku baca, Coach Harimau Malaya ini akhirnya telah memilih tiga 
pemain lain iaitu S Kumaahran, Christie Jeeyaseelan dan Vincent Bikana untuk menggantikan tempat pemain Selangor.

Baguslah Coach sudah buka mata.

Aku harap Coach bolasepak kita dapat merancang semula strategi pasukan Harimau Malaya untuk menentang LIverpool. Tingkatkan stamina pemain yang masih kenyang akibat banyak makan lemang dan tingkatkan semangat melawan pemain supaya tidak cepat putus asa.

One more thing ... FAM perlu ambil tindakan terhadap skuad bolasepak Selangor. Ia boleh dijadikan teladan kepada pasukan lain.

Menurut akhbar Utusan, pengurus Selangor meminta agar pemain-pemainnya tidak dikenakan sebarang hukuman di atas larangan mewakili skuad pilihan Malaysia. Biarlah hukuman itu ditanggung sepenuhnya pihak pengurusan kerana arahan itu dikeluarkan beliau.  

Ha ha ha ... kelihatan seolah-olah ada kelemahan pada statut FAM tu. Statut itu boleh dipersendakan. FAM perlu menilai semula statut yang ada. 

Sekian .






0 comment... add one now