Pemain Muda Bersemangat Untuk Menentang Liverpool


Ha ha ha ...

Tindakan Coach bolasepak kebangsaan memanggil dua pemain Harimau Muda B iaitu Nazirul Naim bin Che Hashim dan S. Kumaahran adalah sesuatu yang tepat. Tindakan ini memberi ruang kepada mereka untuk menimba pengalaman dan ilmu ketika menentang pasukan yang dibarisi pemain bertaraf dunia.

S. Kumaahran amat teruja apabila dipanggil mewakili skuad Pilihan Malaysia. Ini 
adalah kali pertama S. Kumaahran dipanggil bagi menyertai skuad senior. Beliau amat 
bersemangat untuk menentang Liverpool kerana menganggap Liverpool adalah musuh ketat kelab kegemarannya, Chelsea.

Ha ha ha ... boleh pula camtu ! Tidak mengapa ... yang penting adalah semangat untuk
mewakili negara.

S. Kumaahran berjanji akan memberi persembahan terbaik jika diturunkan dan menganggap ini adalah penghormatan terbesar buat dirinya. Beliau amat berterima kasih kepada Coach bolasepak kebangsaan.

Sementara itu pemain Harimau Muda, Nazirul Naim Che Hashim melaungkan keazamannya untuk merebut tempat pemain senior sebagai pemain bek kiri. Beliau akan memberi persembahan terbaik sepanjang sesi latihan.

Nazirul Naim merupakan pakar sepakan percuma kaki kiri.

Nazirul menyifatkan peluang ini perlu digunakan sebaiknya untuk membuktikan sesuatu 
kepada jurulatih bagi diturunkan untuk menentang Liverpool. Intensiti menentang 
Liverpool pasti tinggi dan beliau mesti melipat gandakan usaha. Ini adalah sesuatu yang 
cukup berharga.

Aku harap semua pemain bolasepak Harimau Malaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi saingan sengit sepanjang 90 minit.

Kalah menang adat permainan.

0 comment... add one now