Pemain Naturalisasi Tahun Depan


Okay , aku sambung lagi cerita pemain naturalisasi.

Aku seronok mengikuti perkembangan isu ini. Nampaknya salah seorang orang kuat FAM seakan-akan bersetuju dengan pengambilan pemain naturalisasi ini.

Berdasarkan berita yang di siarkan oleh Mymetro, Timbalan Presiden FAM berkata sebarang langkah yang mahu diambil perlu dikaji oleh ahli majlis FAM terlebih dahulu. Cadangan ini adalah idea yang baik tapi harus difikirkan dulu sama ada ia melanggar peraturan atau tidak.  

Hal ini perlu dinilai untuk memastikan tiada perkara berbangkit yang timbul selepas dasar ini dilaksanakan. Jika polisi mengambil pemain luar ini dipersetujui, mungkin ini boleh dilaksanakan pada tahun hadapan.

Beliau menghargai mana-mana pemain luar yang berminat untuk mewakili Malaysia dalam sukan bolasepak namun FAM perlu berbincang dalam menentukan dasar baru itu.

Siapakah pemain naturalisasi pertama Malaysia ? 





0 comment... add one now