Malaysia 1 - 3 Pemain Naturalisasi


Ha ha ha ... ini bukan keputusan perlawanan bolasepak !!!

Semalam aku menulis isu pemain naturalisasi yang diutarakan oleh coach bolasepak kebangsaan. 

Hari ini keluar beberapa respon daripada individu yang terlibat dalam sukan bolasepak.

Coach bolasepak kebangsaan menyatakan pemain naturalisasi perlu untuk menandingi pemain lawan dari segi kelebihan fizikal.

Namun pandangan ini telah disalah anggap oleh salah seorang bekas pemain bolasepak kebangsaan.

Berita ini aku perolehi dari akhbar online Sinar Harian.

Bekas pemain bolasepak kebangsaan ini beranggapan kenyataan coach bolasepak kebangsaan itu sebagai memperkecilkan kemampuan pemain tempatan danmengagung-agungkan pemain luar. Bekas  pemain ini juga berpendapat kehadiran pemain naturalisasi boleh membantutkan program pembangunan bola sepak negara dan merosakkan wajah Malaysia sebenar.

Ayat power beliau... "Kalau pemain teruk, ia berpunca daripada siapa. Mesti dari jurulatih kerana hasil yang baik akan datang daripada jurulatih yang baik, dan sebaliknya". 

Menurut akhbar Kosmo, Setiausaha Agung FAM bersetuju dengan cadangan coach bolasepak kebangsaan untuk mengambil pemain naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan jika pemain naturalisasi ini boleh memberi banyak kebaikan kepada bola sepak negara.

Setiausaha Agung FAM berpendapat bahawa ini adalah satu pilihan buat FAM. Perkara yang lebih penting adalah pembangunan pemain muda di peringkat akar umbi. FAM lebih berminat mendapatkan pemain yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia seperti Brendan Gan dan Matthew Davies.

Bekas kapten pasukan Perak dan kebangssan menyifatkan isu pemain naturalisasi bukan perkara baru. Jepun, Singapura dan Sepanyol juga melakukannya. Beliau berpendapat ramai tidak setuju kerana berfikiran sempit dan mempunyai sentimen kenegaraan.

Ayat beliau yang aku suka..."Memang sentimen kenegaraan ini penting tetapi kalau pemain luar yang lebih berminat untuk mewakili negara apa salahnya. Adakalanya kita kena memulakan sesuatu perubahan".

Bekas jurulatih pasukan bolasepak ATM turut bersetuju dengan pandang coach bolasepak kebangsaan. Jika kita yakin perkara ini dapat memulihkan semula kegemilangan bolasepak negara dan meningkatkan ranking bolasepak Malaysia tentu ia tidak salah untuk mencuba.

Beliau berpendapat bahawa Malaysia sepatutnya sudah lama memiliki pemain naturalisasi bagi menampung kelemahan pasukan terutamanya di posisi pertahanan. Cuma, satu badan khas perlu ada untuk menilai pemain yang layak untuk diberi kebenaran menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Ramai yang bersetuju dengan kewujudan pemain naturalisasi.

Keputusannya 1 tidak bersetuju, 3 bersetuju.

0 comment... add one now