Selangor Dan JDT Tidak Mampu Menang ?

Malam ini panas. Persaingan Liga Super Malaysia bersambung semula.




Game yang menarik perhatian aku adalah pertemuan Pahang dengan Sime Darby. Pasukan di tangga pertama akan bertemu dengan pasukan ditangga ke dua belas.

Sime Darby - Pahang 

Pahang perlu terus menang dalam baki tujuh perlawanan untuk menjarakkan diri dari JDT manakala Sime Darby perlu menang untuk mengelakkan diri daripada terhumban ke Liga Perdana.

Pengendali Pahang mengingatkan anak buahnya supaya fokus di sepanjang perlawanan dan pemain perlu menjaringkan gol awal. 

Beliau juga mengingatkan para pemain supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan kerana Sime Darby mampu membuat kejutan perlawanan.

Skuad Pahang bakal kehilangan dua tonggak menjelang aksi berdepan Sime Darby namun pengendali skuad Pahang itu yakin dengan barisan pemain sedia ada mampu menggalas tugas mereka untuk memastikan buruan tiga mata tercapai.

Sarawak - JDT

Sementara JDT bertekad mahu menang perlawanan malam ini untuk terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga Pahang.

Pengendali JDT mengakui tugas mengalahkan Sarawak di gelanggang lawan bukanlah mudah kerana Sarawak sentiasa beraksi cemerlang di gelanggang sendiri. Beliau berharap para pemain JDT dapat beraksi dengan baik dalam tempoh 90 minit dan dapat memperbaiki penguasaan bola serta bijak membentuk barisan pertahanan.   

Dalam perlawanan malam ini, JDT bakal kehilangan Safiq Rahim, Junior Eldstal dan Hariss Harun.  

Di Sarawak, Pengendali skuad Bujang Senang yakin anak buahnya mampu mengutip mata penuh. Beliau berharap barisan pemain yang akan diturunkan malam ini mampu memberi yang terbaik untuk mencipta kemenangan yang amat diperlukan.

Sarawak juga kehilangan tiga tonggak mereka iaitu Ryan Griffiths, Ashri Chchu dan G Mahathevan.

Selangor - PDRM

Pasukan yang tidak membenarkan tiga pemainnya mewakili skuad Pilihan Malaysia menentang Liverpool kerana khuatir pemainnya akan cedera, kini dilanda krisis.

Selangor bakal kehilangan hampir separuh pemain tonggaknya disebabkan masalah kecederaan dan penggantungan. 

Hi hi hi... betul kata Nwakaeme bahawa kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada bermain atau berlatih. Cara terbaik adalah berdoa kepada Tuhan supaya tidak cedera.

Antara pemain yang terlibat ialah Raimi Md. Noor, penjaga gol Mohd. Hamsani Ahmad, A. Thamil Arasu, Leandro Dos Santos, Muhammad Afiq Azmi.

Ketua jurulatih Selangor menyifatkan keadaan ini agak sukar kerana mereka mengalami 
masalah di bahagian serangan. Situasi buruk ini memberi kesukaran kepada pasukannya
untuk menentang PDRM. Beliau akan menilai semua pemain semua latihan.

Aku pasti pengendali skuad bolasepak Selangor ini akan menurunkan pemain simpanan.

Kapten Selangor menyifatkan PDRM masih lagi pencabar utama walaupun berdepan masalah dalaman. Pemain Selangor tidak boleh memandang mudah pertemuan ini dan mahukan tiga mata apabila beraksi di tempat sendiri. Pemain perlu berusaha untuk mendapat hasil terbaik kerana apa saja boleh berlaku dalam bola sepak.

Kelantan - Perak

Jurulatih Kelantan menghadapi kesukaran untuk menentukan kesebelasan utama kerana kesemua pemainnya berada pada prestasi terbaik. Oleh itu beliau perlu berhati-hati memilih pemain untuk menjinakkan Perak.

Jurulatih Kelantan berpendapat, bukan mudah untuk menumpaskan Perak kerana Karathu pernah melatih Kelantan  dan sudah masak dengan selok belok permainan Kelantan. 

Perak dibarisi oleh pemain muda dan pemain import berkualiti serta terkenal dengan corak permainan pantas. 

Beliau mahu semua pemain TRW fokus serta memberi komitmen sepenuhnya kerana sebarang kesilapan boleh mengundang padah.

ATM - Terengganu

ATM pula akan berpuashati seandainya mereka berjaya mengutip satu mata. Hal ini disebabkan ATM tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik apabila beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan akibat penggantungan dan masalah kecederaan. 

Pemain ATM mempunyai tugas berat untuk mencatat kemenangan walaupun beraksi di gelanggang sendiri disebabkan kekuatan terbatas dan mereka perlu fokus untuk
memberikan persembahan terbaik.

Rombakan perlu dilakukan menggunakan khidmat beberapa pemain Piala Presiden untuk membantu menguatkan pasukan bagi memastikan pasukan ATM tidak menjadi skuad belasahan

ATM tidak dapat membariskan dua pemain iaitu Obinna Nwaneri dan Norfazly Alias.


Aku harap perlawanan bolasepak malam ini berjalan lancar dengan jaringan yang banyak.




0 comment... add one now