Keputusan Belum Keluar


Sebentar tadi aku terjumpa berita bahawa Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak 
Malaysia akan menentukan nasib tiga pemain Selangor yang enggan dilepaskan oleh FAS 
untuk menyertai skuad pilihan Malaysia menentang Liverpool FC, Jumaat lepas.

Setiausaha Agung FAM berkata, beliau sudah mendapat laporan daripada pengendali skuad pilihan Malaysia berhubung perkara berkenaan dan sudah dibawa ke pengetahuan jawatankuasa itu untuk siasatan lanjut. Namun beliau tidak pasti bila keputusan akan dikeluarkan dan sedang menunggu hasilnya daripada Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk tindakan lanjut.

FAM tidak akan mencampuri sebarang keputusan yang akan diputuskan oleh jawatankuasa berkenaan.

0 comment... add one now