Siapakah Pemain Naturalisasi Pertama ?



Salam sejahtera .

Petang kecoh pasal rombakan kabinet. Sana-sini bercerita pasal menteri yang berubah kedudukan dan menteri yang dibuang. Hi hi ... lumrah dunia. Ada masa kita di atas , ada masa kita di bawah. Takdir penentu segala.

Hi hi hi ...

Aku masih lagi ingin menulis isu berkaitan pemain naturalisasi. Ini post ketiga. Aku sudah membaca dua akhbar online yang menulis isu ini iaitu Sinar Harian dan Harian Metro.

Pemain pertahanan import Terengganu kelahiran Cameroon menyatakan minatnya untuk mewakili negara sekiranya berjaya mendapat kerakyatan Malaysia. Beliau berminat untuk mendapat kerakyatan Malaysia dan ingin menghabiskan karier bolasepaknya di Malaysia.

Pemain berusia 23 tahun ini sudah menetap di Malaysia lebih dua tahun dan sudah biasa dengan budaya hidup masyarakat Malaysia. Pemain ini berharap dapat merealisasikan impiannya.

"Jika saya dapat menjadi rakyat Malaysia, saya mahu bermain untuk pasukan Malaysia dan membantu pasukan dengan sedaya upaya saya”.

0 comment... add one now