Hukuman Untuk Trio Selangor


Phew ...

Sebenarnya aku baru sahaja selesai menjelajah akhbar online tempatan untuk mencari berita berkaitan keengganan pengurus Selangor melepaskan tiga pemain mereka.

Akhbar Online MyMetro 22 Julai 2015 melaporkan bahawa ketiga-tiga pemain Selangor yang gagal melapor diri bersama pasukan Pilihan Malaysia bakal menerima hukuman berat.

Aku rasa ini hanya tanggapan penulis berita tersebut.

Setiausaha Agung FAM menjelaskan, kes ini perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin FAM sebaik sahaja laporan daripada jurulatih bolasepak kebangsaan diterima.

Ho ho ... jika bersalah apa hukumannya ?

Aku tertarik dengan berita yang terpapar di Sinar Harian Online.

Pengurus pasukan bolasepak Selangor menyifatkan perlawanan persahabatan menentang Liverpool tidak mampu mengembalikan kegemilangan dan maruah bolasepak Malaysia. Lagi perlawanan ini bukanlah anjuran FAM dan ia tidak memberi apa-apa impak pada ranking Malaysia.  

Aku setuju dengan pendapat pengurus pasukan bolasepak Selangor ini.

Bolasepak bukan mesin untuk buat duit. Aku harap FAM faham.

Perkara yang paling utama adalah memberi ruang kepada pemain bolasepak kita menimba pengalaman bermain dengan pemain bertaraf dunia.

Aku sedang menunggu komen daripada ketiga-tiga pemain Selangor tersebut. 

Apa hukuman untuk pemain Selangor ?

0 comment... add one now