Pilihan Malaysia 1 - 1 Liverpool.

Bravo !

Ha ha ha ...



Tahniah pemain-pemain pasukan Pilihan Malaysia kerana berjaya mengelakkan diri daripada dibelasah oleh pasukan Liverpool. 

Pilihan Malaysia 1 - 1 Liverpool

Patrick Ronaldinho '13
'28 Jordon Ibe 


Satu perlawanan yang tenang. Pemain-pemain Pilihan Malaysia tampak begitu berdisiplin dan bermain mengikut perancangan coach bolasepak kebangsaan. Setiap kali diserang pemain-pemain akan turun memperkuatkan benteng pertahanan.

Pasukan Liverpool tampak sedikit keletihan dan bermain secara bersahaja dan sering bertukar-tukar hantaran. Serangan Liverpool kurang berbisa dan kurang pantas. 

Coach bolasepak kebangsaan memuji persembahan cemerlang pemain muda dalam skuad pilihannya. Kecemerlangan pemain muda ini adalah amaran kepada pemain senior bahawa tempat mereka akan diambil alih. Coach bolasepak kebangsaan ini bangga dengan keputusan yang diperolehi kerana skuad pilihannya dipersiapkan dalam tempoh yang sihat.

Pengurus Liverpool juga memuji persembahan pasukannya sepanjang perlawanan dan menganggap perlawanan ini sengit.

Saksikan video ini.



0 comment... add one now