Kelantan Yakin Menang


Salam sejahtera.

Malam ini Kelantan akan bermain di gelanggang sendiri melayan kunjungan Sime Darby untuk perlawanan ke 14 musim ini.

Merujuk kepada carta liga, Kelantan atau TRW berada ditangga ke sembilan. Aku turut merasa cemas melihat kepada kedudukan TRW. Mereka perlu menang kesemua baki sembilan perlawanan untuk kekal bersaing dalam Liga Super pada musim hadapan.

Mereka perlu menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mencipta kemenangan.

Lawan mereka pada malam ini, pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada TRW kerana Sime Darby juga mahu mengelakkan diri dari tersingkir ke Liga Perdana. Oleh itu pemain TRW perlu berhati-hati dan tidak memandang rendah kemampuan pasukan bolasepak Sime Darby.

Persiapan TRW sedikit terencat apabila kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan seperti Amutu, Khairul Izuan dan Ahmad Fakri Saarani serta Fitri Omar yang digantung perlawanan.

Pemangku jurulatih TRW optimis dengan keupayaan pasukannya untuk berjaya kerana mereka masih ada pemain lain yang setara seperti Erwin Carrillo, Gilmar, Wan Zaharulnizam Zakaria, Mohd Norfarhan Muhammad dan Wan Zack Haikal Wan Noor. 

Sementara itu pengendali skuad bolasepak Sime Darby menyatakan keazaman skuadnya
untuk menang walaupun sedar kesukaran yang bakal ditempuh. Kemenangan bukan
sesuatu yang mustahil. Beliau menegaskan pemainnya akan berjuang habis-habisan
dengan semangat berpasukan yang tinggi.

Sime Darby perlu menang untuk keluar dari zon penyingkiran.


Kita tunggu keputusannya jam 11.00 malam ini. 

0 comment... add one now