Pengurus Selangor Berani



Wow ... sesuatu yang agak berani dinyatakan oleh Pengurus Pasukan Bolasepak 
Selangor. 

Beliau tetap dengan pendiriannya bahawa keputusan tidak melepaskan tiga pemain mereka menyertai skuad Pilihan Malaysia bulan lalu tidak bertentangan dengan peraturan. 

Beliau sudah mengkaji terlebih dulu peraturan sebelum membuat keputusan itu. Isu itu tidak menjejaskan tumpuan pasukan dalam mengharungi baki saingan yang kini semakin hampir ke kemuncaknya. 

Hi hi hi ... lu memang berani bro !

Jika pasukan Selangor didenda, boleh dibayar. Bagaimana jika hukumannya ditolak 3 mata, tentu ia menjadi mimpi ngeri buat pasukan dan peminat.

FAM perlu menyemak semula kesemua peraturan yang ada supaya tidak diperkotak-katikkan oleh individu tertentu.

0 comment... add one now